Salam
Pagi ni aku nak buat entry pasal online punye perniagaan (biasanya dari CHINA). Aku buat post ini pon sebab aku nak cuba berniaga online... mane tau ade rezeki...Dua hari lepas aku ade buat pembayaran online (oversea) which is my first time la... Kadang2 takut jugak sebab pernah dengar banyak kali berkenaan perniagaan online yang menipu dan takut kene kat aku sendiri. Apepon aku berserah pada ALLAH sebab aku dah usaha (buat homework) sebelum buat payment. So sini aku nak share sikit pebenda yang aku dah bace dan paham.
Antara objektif pembelian online adalah harga lebih murah dan barang tersebut tiada dijual/ harga mahal kat Malaysia
Ada beberapa perkara disini yang perlu di"highlight "kan sebelum berniaga online antaranya (5 P);
- Jenis Website (Paparan)
- Penghantaran (shipping)
- Pembayaran
- Cukai Kastam (Percukaian)
- Tips-tips (Pengalaman)-berdasarkan pembacaan di laman sesawang.
PAPARAN (WEBSITE)
Pertama sekali, kene bahagikan website ni kepada dua, (a) Web orang tengah, dan (b) Website pengeluar. Website orang tengah contohnya
amazon.com,
ebay ,
alibaba,
aliexpress, (
oversea) dan (Malaysia) mudah dan Lelong.com..Kelebihannya, macam-macam barang boleh cari kat web-web .. macam-macam aku kate... try la klik sekali kalu tak caye...( i mean it literally) dan harganya sangat murah (tak termasuk kos penghantaran). Kekurangannya, banyak supplier yang tak boleh dipercayai dan banyak scam... so kene pilih supplier yang bagus-bagus contohnya + 3yr GOLD supplier kalau alibaba.com la. Kalau site lain, lain ranking die... Tu pon kene pilih secara hati-hati.
Website pengeluar pula sangat banyak kat internet dan memang kite tak tau nak pilih mane satu contohnya kita nak beli motor electronic ke (kes aku le)... boleh google la dan lebih dipercayai sebab terus dari gudang terutamanya dari CHINA tapi letihla sikit nak mencari... kalau korang banyak mase dan internet free, cuba lah.
PENGHANTARAN
Inilah part yang tak sedap dalam pembelian online. Setiap penghantaran ade kos yang perlu dibayar. Kaedah penghantaran inilah yang menyebabkan barang jadi mahal dan kadangkala kos penghantaran adalah lebih mahal dari harga barang (JANGAN TERKEJUT). So, korang kene bijak memilih. Sebenarnya, dekat Malaysia, ade orang yang sediakan khidmat penghantaran melalui kontena dan harganya lebih murah berbanding penghantaran standard tapi kene cari sendiri la...aku ade bace beberape blog cume takut barang yang aku nak beli nih jarang jumpe...kalau barang common/biasa mungkin boleh berinteraksi dengan dieorang (LINK
SINI,
SINI dan
SINI). Contoh penghantaran standard adalah China Air-parcel, FEDEX, DHL, UPS (yang biase dengar), EMS dan sebagainya. Kadang-kadang, ada kos penghantaran percuma contohnya menggunakan CHINA AIR PARCEL(10-30 Days), bergantung kepada promosi dari supplier tersebut... Tapi, ade org kate CHINA Air parcel nih susah nak trace nombor die...kalau sampai memang bertuah la... Kalau nak lagi selamat, pakai la shipping dari company lain (3-10 Days), cume harganya memang mahal lah...kadang 10-30 USD atau lebih bergantung pada saiz atau berat, yang mana satu lagi tinggi. Biasanya lagi mahal, lagi bagus servicenya... Fedex dan DHL kire ok la jugak. So pilihlah secara teliti. So total cost boleh jadi lagi mahal (30USD (kos brg contoh) + 25USD(kos shipping) ). Harga barang kat Malaysia mungkin 65 USD so memang mahal kecuali kite pandai cari supplier.
PEMBAYARAN
Ade banyak cara pembayaran contohnya T/T (Telegraphic transfer/Bank transfer), Money Gram (2 2 nih MAYBANK ade), Pay Pal, Western union. Setiap pembayaran akan dikenakan cas, bergantung kepada jenis pembayaran, biasanya dalam 2-4 % dari jumlah pembayaran. Dan setiap cara pembayaran ade tempoh dan risikonya sendiri. Jika menggunakan bank transfer atau moneygram, dalam 3 hari bekerja, pembayaran akan sampai ke dalam akaun penjual/supplier dan risikonya jika supplier tu penipu/tak jujur, tak ade caranye untuk mendapatkannye balik kecuali dengan izin ALLAH... memang 100% bergantung kepada kejujuran dan kebolehpercayaan supplier tersebut... sebab tu kene pilih GOLD SUPPLIER .. lagi banyak tahun lagi bagus... Biasanya untuk Bank transfer, MAYBANK mengehadkan bayaran MINIMUM RM250 (at least 80 USD, jumlah kos sebenar) dan Maximum RM1000. Lagi satu, bank transfer akan charge dalam 25 USD... aku baru je terkena... nasib baik supplier to paham dan still hantar package walaupun payment dah short 25USD... rezeki ALLAH bagi... tapi, dengan syrt nanti pasni kene beli ngan die sebab aku pon newcomer dalam bidang online nih. So, yang terbaik guna account PAYPAL. Untuk buang limit pengeluaran PAYPAL, mase register kena letak no debit/credit card tapi masalahnya kalau nak topup duit. Cuma ada satu je bank yang boleh topup account PAYPAL kat Malaysia ni iaitu RHB bank buat mase sekarang so aku dalam proses nak register RHB bank.
Kalau guna paypal, org cakap bagus sikit sebab dalam paypal, dia ada invois bagai, so kalau kite tak puas hati barang tu sampai (barang lain sampai/tak berkualiti), kite boleh adu kat paypal, contohnya barang sampai tak same dengan barang kite order dan kita boleh mintak refund dari paypal dan kos penghantaran balik kita tanggung atau kita boleh refund separuh dan barang yang kite dapat tu kite simpan, terpulang kepada masing2. so, kire selamat la sikit. So, bek guna paypal.. kalau mastercad/visa aku tak syorkan untuk diri aku dan korang...manelah tau kot2 scammer kat tenet tu unless supplier to korang memang dah lame kenal.
PERCUKAIAN (CUKAI KASTAM)
Yang nih aku tak pasti cumanya biasenya kastam target barang-barang standard yang harga RM500 keatas. Tapi kalau korang nak tgk barang yang kene cukai boleh pergi cek laman web
kastam nih Berdasarkan pembacaan aku kat forum, biasenya kene tahan ngan kastam tu atas nasib kita, kadang kene tahan dan kena bayar cukai, kadang tak kene tahan. Yang bab nih aku takde pengalaman lagi sebab baru aku tengah dalam shipment.
PENGALAMAN
Yang bab nih aku tak boleh tolong... tips2 nih kalau belajar sendiri baru boleh kita paham. Tapi antara yang aku biasa bace, kalau nak beli, kne3 mula beli sikit2 dulu.. jangan beli mahal2 @ banyak2 terus... nanti rugi banyak dan kena hati2 dengan supplier..Biasenya kalau nak senang, guna skype untuk interact dengan supplier.