Friday 22 November 2013

Akaun PAYPAL

dah lame rasenye aku tak update blog ni sebab aku tgh bz buat CNC router yang memang ambik mase yang sgt lame..
tapi,harini aku tak nak bercerita berkenaan mende CNC ni , tapi berkenaan dengan akaun PAYPAL. berdasarkan pemerhatian aku, penting untuk sape2 yang ingin cuba berniaga online perlu bukak akaun ni terutamanya pade mereka yang ingin berjual beli dengan supplier dari oversea (termasuk aku la) hehehehehe... Ok, nak register senang je just lawat site ni www.paypal.com dan register la macam biase ....cuma bila part bank tu, kite ade pilihan untuk skip atau masukkan data berkaitan. Untul kes aku, part ni yaku skip dulu.
Ok, kat Malaysia, hanya ade satu je bank yang boleh digunakan untuk topup akaun PAYPAL iaitu RHB bank. Bank yang lain takboleh topup akaun paypal..kalu korang nak mintak tolong aku topupkan boleh je cuma kenela bank in duit kat aku + cas sikit. Aku pun baru je bukak akaun RHB Bank dengan akaun online sekali dengan duit RM 100 sebagai permulaan. Once korang dah register online, korang lehla habiskan Paypal registration, sebab kalau tak register habis, boleh keluarkan sampai.USD 500 je... yang selebihnya korang tao boleh amik. Untuk bukak had ni, korang kene habiskan pendaftaran paypal dengan masukkan nombor kad debit/kredit korang yang valid dari mane2 bank korang, yang ade mastercard/visa. Ble dah siap, bolehla guna akaun paypal secara unlimited dan bolehla korang beli barang2 yang murah2 dari obersea..tapi limitnya adalah jumlah duit koranng yang ditopupkan la..huhuhu..

ok... kalau nak tanye lagi lanjut bolehla comment cuma kalau membeli barang online kalau brang yang dinyatakan dekat package dalam RM500-1000, mungkin kastam akan tahan package tu dan kenakan tax. kalau nak tau camne nak elak tax, tunggu la post aku seterusnya...hehehe

Saturday 16 November 2013

TIPS MEMBELI SECARA ONLINE.

Salam

Pagi ni aku nak buat entry pasal online punye perniagaan (biasanya dari CHINA). Aku buat post ini pon sebab aku nak cuba berniaga online... mane tau ade rezeki...Dua hari lepas aku ade buat pembayaran online (oversea) which is my first time la... Kadang2 takut jugak sebab pernah dengar banyak kali berkenaan perniagaan online yang menipu dan takut kene kat aku sendiri. Apepon aku berserah pada ALLAH sebab aku dah usaha (buat homework) sebelum buat payment. So sini aku nak share sikit pebenda yang aku dah bace dan paham.

Antara objektif pembelian online adalah harga lebih murah dan barang tersebut tiada dijual/ harga mahal kat Malaysia

Ada beberapa perkara disini yang perlu di"highlight "kan sebelum berniaga online antaranya (5 P);
  1. Jenis Website (Paparan)
  2. Penghantaran (shipping)
  3. Pembayaran
  4. Cukai Kastam (Percukaian)
  5. Tips-tips (Pengalaman)-berdasarkan pembacaan di laman sesawang.
PAPARAN (WEBSITE)
Pertama sekali, kene bahagikan website ni kepada dua, (a) Web orang tengah, dan (b) Website pengeluar. Website orang tengah contohnya amazon.com, ebay , alibaba, aliexpress,  (oversea) dan (Malaysia) mudah dan Lelong.com..Kelebihannya, macam-macam barang boleh cari kat web-web .. macam-macam aku kate... try la klik sekali kalu tak caye...( i mean it literally) dan harganya sangat murah (tak termasuk kos penghantaran). Kekurangannya, banyak supplier yang tak boleh dipercayai dan banyak scam... so kene pilih supplier yang bagus-bagus contohnya + 3yr GOLD supplier kalau alibaba.com la. Kalau site lain, lain ranking die... Tu pon kene pilih secara hati-hati.
Website pengeluar pula sangat banyak kat internet dan memang kite tak tau nak pilih mane satu contohnya kita nak beli motor electronic ke (kes aku le)... boleh google la dan lebih dipercayai sebab terus dari gudang terutamanya dari CHINA tapi letihla sikit nak mencari... kalau korang banyak mase dan internet free, cuba lah.

PENGHANTARAN
Inilah part yang tak sedap dalam pembelian online. Setiap penghantaran ade kos yang perlu dibayar. Kaedah penghantaran inilah yang menyebabkan barang jadi mahal dan kadangkala kos penghantaran adalah lebih mahal dari harga barang  (JANGAN TERKEJUT). So, korang kene bijak memilih. Sebenarnya, dekat Malaysia, ade orang yang sediakan khidmat penghantaran melalui kontena dan harganya lebih murah berbanding penghantaran standard tapi kene cari sendiri la...aku ade bace beberape blog cume takut barang yang aku nak beli nih jarang jumpe...kalau barang common/biasa mungkin boleh berinteraksi dengan dieorang (LINK SINI, SINI dan SINI). Contoh penghantaran standard adalah China Air-parcel, FEDEX, DHL, UPS (yang biase dengar), EMS dan sebagainya. Kadang-kadang, ada kos penghantaran percuma contohnya menggunakan CHINA AIR PARCEL(10-30 Days), bergantung kepada promosi dari supplier tersebut... Tapi, ade org kate CHINA Air parcel nih susah nak trace nombor die...kalau sampai memang bertuah la... Kalau nak lagi selamat, pakai la shipping dari company lain (3-10 Days), cume harganya memang mahal lah...kadang 10-30 USD atau lebih bergantung pada saiz atau berat, yang mana satu lagi tinggi. Biasanya lagi mahal, lagi bagus servicenya... Fedex dan DHL kire ok la jugak. So pilihlah secara teliti. So total cost boleh jadi lagi mahal (30USD (kos brg contoh) + 25USD(kos shipping) ). Harga barang kat Malaysia mungkin 65 USD so memang mahal kecuali kite pandai cari supplier.

PEMBAYARAN
Ade banyak cara pembayaran contohnya T/T (Telegraphic transfer/Bank transfer), Money Gram (2 2 nih MAYBANK ade), Pay Pal, Western union. Setiap pembayaran akan dikenakan cas, bergantung kepada jenis pembayaran, biasanya dalam 2-4 % dari jumlah pembayaran. Dan setiap cara pembayaran ade tempoh dan risikonya sendiri. Jika menggunakan bank transfer atau moneygram, dalam 3 hari bekerja, pembayaran akan sampai ke dalam akaun penjual/supplier dan risikonya jika supplier tu penipu/tak jujur, tak ade caranye untuk mendapatkannye balik kecuali dengan izin ALLAH... memang 100% bergantung kepada kejujuran dan kebolehpercayaan supplier tersebut... sebab tu kene pilih GOLD SUPPLIER .. lagi banyak tahun lagi bagus... Biasanya untuk Bank transfer, MAYBANK mengehadkan bayaran MINIMUM RM250 (at least 80 USD, jumlah kos sebenar) dan Maximum RM1000. Lagi satu, bank transfer akan charge dalam 25 USD... aku baru je terkena... nasib baik supplier to paham dan still hantar package walaupun payment dah short 25USD... rezeki ALLAH bagi... tapi, dengan syrt nanti pasni kene beli ngan die sebab aku pon newcomer dalam bidang online nih. So, yang terbaik guna account PAYPAL. Untuk buang limit pengeluaran PAYPAL, mase register kena letak no debit/credit card tapi masalahnya kalau nak topup duit. Cuma ada satu je bank yang boleh topup account PAYPAL kat Malaysia ni iaitu RHB bank buat mase sekarang so aku dalam proses nak register RHB bank.

Kalau guna paypal, org cakap bagus sikit sebab dalam paypal, dia ada invois bagai, so kalau kite tak puas hati barang tu sampai (barang lain sampai/tak berkualiti), kite boleh adu kat paypal, contohnya barang sampai tak same dengan barang kite order dan kita boleh mintak refund dari paypal dan kos penghantaran balik kita tanggung atau kita boleh refund separuh dan barang yang kite dapat tu kite simpan, terpulang kepada masing2. so, kire selamat la sikit. So, bek guna paypal.. kalau mastercad/visa aku tak syorkan untuk diri aku dan korang...manelah tau kot2 scammer kat tenet tu unless supplier to korang memang dah lame kenal.

PERCUKAIAN (CUKAI KASTAM)
Yang nih aku tak pasti cumanya biasenya kastam target barang-barang standard yang harga RM500 keatas. Tapi kalau korang nak tgk barang yang kene cukai boleh pergi cek laman web kastam nih Berdasarkan pembacaan aku kat forum, biasenya kene tahan ngan kastam tu atas nasib kita, kadang kene tahan dan kena bayar cukai, kadang tak kene tahan. Yang bab nih aku takde pengalaman lagi sebab baru aku tengah dalam shipment.

PENGALAMAN
Yang bab nih aku tak boleh tolong... tips2 nih kalau belajar sendiri baru boleh kita paham. Tapi antara yang aku biasa bace, kalau nak beli, kne3 mula beli sikit2 dulu.. jangan beli mahal2 @ banyak2 terus... nanti rugi banyak dan kena hati2 dengan supplier..Biasenya kalau nak senang, guna skype untuk interact dengan supplier.






Sunday 3 November 2013

PAHANG MENANG !!!!! EDISI PIALA MALAYSIA 2013

Seperti yang aku jangka, PAHANG menang melawan kelantan edisi PIALA MALAYSIA 2013. Satu-satunya gol yang dihasilkan di dalam perlawanan tersebut hadir setelah masa perlawanan masuk ke separuh masa kedua oleh pemain import pahang yang berumur 23 tahun dari ARGENTINA, Matias Conti.

Tahniah PAHANG... lepas 21 tahun kemarau Piala Malaysia.... Bangkitlah PAHANG... antara sebab-sebab Kelantan kalah mungkin OBINNA (pertahanan import kelantan) yang tidak dapat turun sebab kad kuning yang kedua selepas semi kedua lawan ATM. Kesian kelantan, takpe... jangan sedih sebab kelantan dah banyak  menang piala... Kasi can la kat pahang...

Sumber : Youtube

Tahniah DOLLAH SALLEH & ZAINAL ABIDIN HASSAN sebab bawak team PAHANG menang... Aku pon ade jugak ade kat stadium semalam....STADIUM ASTRO....hahaha.. sorak dari rumah je lah... mane de pernah pergi stadium... seingat aku tak pernah masuk pon stadium darul makmur tu...

Yang bestnya semalam, punyela selok bersorak... sampai nak terlondeh kain pelikat aku melompat sebab celebrate gol ni punye pasal lah... Nasib baik tak terlondeh habis, kalau tak...haru..haru... nasib baik keluarge aku tak nampak...huhuhuhu...

HOGOH PAHANG HOGOH !!!!!!!!!



Friday 1 November 2013

Pahang yakin menang !!! Piala Malaysia 2013

Salam
 Aku sangat yakin final ni pahang akan menang !!!!. Cuma, kena pastikan benteng pertahan tu kuat !!!.. Benteng pertahanan pahang kene banyak bertahan kerana TRW (The red warrior- A.K.A. Kelatan) sebab banyak player-player hebat dari kelantan. Antaranya PIYA, FARHAN, FAKRI dan yang gelap tu...ape ke namenyer...

Tapi Elephant Army (TOK GAJAH) takkan mengalah sebab OBINNA tak leh main sebab dah dapat banyak kad kuning untuk game sebelom nih. DAMIAN kene kerja keras malam ni jadi defend untuk kekang serangan daripada TRW. Aku jangka TRW akan main serang habis-habisan di awal game... manakala pahang tanpa MATIAS CONTI (kalau die tak sempat sembuh injured semi aritu lah), KOJIE ade sebab mungkin DOLLAH SALLEH sudah mendapat signal yang prestasi KOJIE sudah kembali. Tapi jangan dilupa AZIDAN dengan HAFIZ KAMAL sebab player-player ini memainkan peranan yang paling besar dalam padang. Yang paling penting, ALEX jangan tenggelam macam semi haritu dan kena tajamkan lagi serangan termasuk SURENDRAN yang macam hilang arah baru2 ni. YOL pula kena pertingkat lagi mutu permainan dan ciptakan lagi banyak peluang untuk rakan-rakan dalam pasukan di samping mengurangkan terjahan kepada pihak lawan terutamanya terjahan tanpa bola yang memungkinkan tindakan keluar padang dari pengadil perlawanan.

Apapun... Sebagai penyokong PAHANG, aku nantikan permainan yang rancak dan bagus, bukan macam SEMI kedua hari. PAHANG..berjuanglah ke titisan peluh yang ke 100 terakhir dan jika kalah, biarlah kalah sebagai PEJUANG yang penuh dengan ADAB !!!!!

GOL PAHANG GOL!!!!

http://www.sinarharian.com.my/sukan/deepavali-lebih-bermakna-jika-pahang-menang-1.216108


(sumber gambar : www.tokgajah.com)

Wednesday 30 October 2013

MY CNC Project

Huh... Ok, this entry i put it in english so that all people around the world could read and get benefit from reading it. For Bahasa, maybe i put another entry if i'm not lazy la...

Fuhh... ok, for starter, CNC is computer numerical control which you can control the position of a work piece/cutting tool automatically. There are many type of CNC equipment and mostly know is cnc milling and turning(lathe) and a lot of DIY (Do it yourself) instruction over the internet. I love CNC so much because my first job was CNC engineer!!! and I enjoy Programming subject the most.


Actually, there are a lot of CNC equipment in the market nowadays but the price cost thousands RM5-6 k (for mini CNC mill)..click here (Malaysian Product) in RM but according to my friend (Mr. Google), there are a lot of backyard DIY instruction saying the total cost is less than hundreds USD..huh...very interesting... and i thought that i can produce one DIY CNC lathe below than RM1k and let see the results later on. The problem is, some of the equipment not available/manufactured in Malaysia such as stepper Motor and special bearings.
In this post, i'm going to share my experience on my own DIY project for CNC lathe (2 axis only). There are three parts:
  1. Mechanical Parts.
  2. Electrical Parts.
  3. Software Parts.

Mechanical Part
X-Y mini side table (the cheaper on), around (USD 140-210 ) + shipping (USD40-80) + Money transfer cost (Moneygram/Western Union/Paypal)+ custom taxes OR you can try to find it in Malaysia which is difficult to obtain...If you can do so, put some comment below
 expensive

 cheaper

or by DIY X-Y slide table/cross table but you need the following things
  1. Linear bearing (cheap one, RM15-30, expensive RM 35-50) depend on size and grade..maybe not required... depend on your sliding design)
  2. Radial bearing ( cheap one RM 2-4, expensive RM 10-20) depend on size and grade
  3. flexible coupling (using just rubber hose and hose clip) - cheap. less than RM10... good one is expensive (RM 20-50)
  4. full thread rod (cheapest), lead screw (cheaper), ball screw ( expensive)
  5. The table structure ( Maybe RM 100 or more )
  6. Guide shaft, solid rod difficult to find in regular hardware store... (Maybe RM 50)
  7. Bolt and Nuts (a lot) (RM30)
  8. The cutter, chuck, tool post, clamp (lathe equipment),etc (RM 200-300), DIY or find any used parts.
  9. Machine and expertise
  10. Patience and Passion..
(Bearings i bought from SLS bearings (any branch in Malaysia), for Lead screw and linear bearing, I bought from SLS bearings, Petaling Jaya. I did not buy any leadscrew (RM80-100++, depend on size and length, from my survey at SLS @ball screw), but full thread screw from Central Bolt and Nuts, Kuantan (because i live here) and allen key bolt as well (allen key bolt also difficult to find in any regular hardware store)

I shall update my sliding table later on once it is finished. Still gathering the materials though.

The Electrical part

1. Stepper motor (cheaper but some said no feedback) or Servo motor ( expensive but with feed back)... But for me, due to money constraint, i buy steepper 0.9 Nm (enough for mini) 56mm size from myduino.com  for RM150 and including the driver (Easydriver) for RM50... but i think i can get cheaper one but i was so hasty (Sekarang dah jumpa yang murah..mintak maaplah incik myduino)
2. The power supply (adjustable is better), Around Rm 200-400, depend on the brand and capability.. cheap one also can be bought but for fixed current only. Refer to the motor specification first before buying these power supplies. (Actually adapter 12V pon ok, cari kat kedai hardware dan kalau korang asal KUANTAN, COWBOY sesuai cari, RM11Jer)
3. Arduino Uno R3 ( Because i want to use Arduino to control the CNC lathe) or any controller available in the market. (The brain of CNC)
4. DC motor for spindle turning or sewing machine motor (controllable)
Some of the parts in CNC
The software part

My case using arduino software
or any CAD/CAM software for example
  1. before machining, you must know the model. There are a lot of software for product design such as AutoCad, Solidworks, Unigraphics, etc but these are non free software (CAD software), if you want freeware, you might want to try google sketchup or any software you already know.
  2. Once the model finished, using CAM software such as MasterCAM, CAM BAM,, to translate into G codes ( i love this) or FREEMILL (Free software - CAD and CAM)
  3. CNC control software, control using computer or ARDUINO
Method 1&2, you can do it using conventional method if the part to be milled/lathed is very easy (old school method)

Thats it for now... once finished, i shall upload my project




First day as a blogger

Salam dan Good day

Kepada pembaca blog aku (kalau ade yang bacelah), tujuan utama aku menulis blog ini memang banyak.. tapi antara yang paling utama ialah untuk mencari saham dunia dan saham akhirat. Bahase rojak @ kg akan diguna selalu sekiranya ade salah silap mohon maafkan dan sila komen untuk diperbetulkan...

Sekarang nih macam-macam dalam kepale aku... sementara nak menunggu test Fluid 1 jam 8 mlm nih aku buat la blog nih. Banyak mende dalam pale aku nih yang aku plan nak buat ...so better aku listkan ler...

Sebelum tu, pendapat aku berkenaan dengan blog ni adelah blog ini seolah-olah macam diari tapi diari yang boleh dibace semua org... kalu diari biasenye org len takleh bace unless kalau ade org curi laaa ataupun tuan punye badan gatal2 nak sh org lain bace...ok, listnya begini
1. PhD proposal
2. Workbook for Fluid mechanics 1 ( Ade 3 chapter lagi)- Hujung novemeber dah due..haru2 nanti marah CEO
3. CNC buatan sendiri tapi pakai fakulti punye barang...huhhu...bukan utk kegunaaan peribadi ok
4. Kelas tuisyen SPM (nak kene ganti)
5. Homestay nak kene kemas 2 and 8 october (2013) ade org nak sewa
6. Nak buat renovation homestay..nak buat dapur...kene kuar duit KWSP lagi
7. Tande quiz, test bebudak nih....(Fluid diploma/CFD/Fluid degree/ Lab fluid)...banyak tuh
8. Repair soalan exam.(kacang je nih)
9. Tunggu dr mus bagi respon pasal paper kene reject 2 kali... 2 kali beb...rase nak giveup pon ade..
10. Buat code particle flow dalam circular driven cavity / recent banyak pade magneto effect...plik gak dalam fluid pon ade magnet effect...tapi ramai org buat... nak kene study lah sikit baru ade recent/ cutting edge dalam paper
11. Buat paper trapezoid lid driven cavity / deep ellipse cavity...Data dari 2011 lagi tapi paper tak buat2 lagi...memang perish lah... Publish Or Perish... bak kate org akedemik.
12. Hantar anak cucuk 6 bulan... haru lagi.... esok dah la ade kelas/ ade presentation... confirm jam 11 baru smp..tapi kerja pensyarah flexible ok..harap2 anak comey aku tu tak demam+melallak pas cucuk
13. MHP..tak tau la ape progress... mesin pon takleh jalan..compressor centralised out plop..
14. Nak kene amik compressor dari JP nanti nak pakai mesin milling...
15. Nak kene extract data berkenaan Lect FKM punya teaching..
... dan banyak lagi... nak2 aku nih jenis pelupe...
Huh.. banyak..ingat keje pensyarah ni senang ker? susah ok......oklah, nanti aku sambung len kali...

Wassalam